Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB berkas 103 orang, rampas heroin, ganja dan Ice

Apr 29, 2016 | 02:20 PM



SERAMAI 103 orang telah dicekup Biro Narkotik Pusat (CNB) atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah sepanjang operasi empat hari yang berakhir pagi tadi.



Antara dadah yang dirampas termasuk 200gram heroin, 150gram ganja dan 120gram dadah tiruan 'Ice'.



Dalam kenyataannya, CNB berkata, operasi itu disokong anggota polis dan kawasan yang diserbu meliputi Ang Mo Kio, Boon Lay, Bukit Batok, Geylang, Jurong, Tampines, Tiong Bahru, Toa Payoh, Woodlands dan Yishun.



Dalam salah satu operasi yang dijalankan pada 26 April lalu, anggota CNB yang dikerahkan ke kawasan Tampines Street 44, telah mengesan seorang yang disyaki pengedar dadah bersama-sama teman wanitanya.



CNB kemudian menahan lelaki berusia 28 tahun dan teman wanita yang berusia 30 tahun itu.



Sebanyak empat paket dadah 'Ice' seberat 13gram, yang disembunyikan dalam sebuah tin, telah dirampas dari lelaki tersebut.



Para anggota penguatkuasa kemudian menyerbu kediaman lelaki berkenaan dan semasa di sana, telah menemui sejumlah 80gram dadah 'Ice, dan sejumlah kecil ganja yang disembunyikan dalam sebuah tin yang diubahsuai.



Siasatan terhadap penyalahgunaan dadah yang dilakukan kesemua yang diberkas sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >