CNB berkas dua pesalah dadah, rampas 1.8kg heroin

BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah memberkas dua lelaki - seorang pengedar dan pelanggannya - menyusuli satu operasi antidadah yang dilakukan di kawasan Sin Ming, dekat Thomson Road, semalam.

Semasa diberkas, CNB turut merampas lebih 1.8 kilogram heroin yang dianggarkan bernilai lebih $194,000 di pasaran dan cukup digunakan kira-kira 883 penagih dadah dalam seminggu.

Dalam kenyataannya, CNB menyatakan para anggota mereka pada 9.20 pagi semalam, telah memerhatikan pengedar dadah menemui salah seorang pelanggannya, seorang lelaki warga Singapura berusia 50 tahun, di sebuah kedai kopi di kawasan Sin Ming.

Kedua-dua mereka meninggalkan kedai kopi itu tidak lama kemudian dan telah pergi ke unit masing-masing di sebuah blok perumahan di kawasan tersebut.

Kira-kira 10.35 pagi, para pegawai CNB telah memberkas pengedar dadah berusia 42 tahun itu semasa dia sedang meninggalkan rumahnya.

CNB merampas 1,790 gram heroin dan pelbagai peralatan dadah daripada unit tersebut.

Satu kumpulan pegawai CNB telah menyerbu sebuah unit berasingan dan merampas kira-kira 64 gram heroin.

CNB memberkas lelaki berusia 50 tahun yang disyaki sebagai pelanggan pengedar dadah yang diberkas itu.

Kedua-dua lelaki warga Singapura itu kini sedang disiasat bagi kesalahan mengedar dadah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman mati.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 85
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.