Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB 'cekup' 92 pesalah dadah dalam operasi 4 hari

Jun 13, 2014 | 04:02 PM



SERAMAI 92 individu disyaki pengedar dan penagih dadah telah diberkas Biro Narkotik Pusat (CNB) menerusi satu operasi empat hari serata pulau yang dijalankan pada 9 Jun lalu dan berakhir hari ini.


Operasi kali ini tertumpu kepada usaha mematahkan sumber bekalan dan pengedaran dadah untuk penagih jalanan.


Daripada jumlah suspek yang diberkas, 11 dipercayai pengedar dadah sementara 81 yang lain adalah penagih dadah.


Operasi yang dijalankan pegawai dan anggota CNB disokong pasukan polis dan tertumpu di banyak kawasan, termasuk Bedok, Bukit Batok, Bukit Merah, Choa Chu Kang, Clementi, Eunos, Geylang, Henderson, Jurong, Serangoon, Tampines, West Coast dan Yishun.


Sejumlah dadah pelbagai jenis telah dirampas, termasuk 150 gram heroin - cukup untuk menghilangkan ketagihan 70 penagih selama seminggu - 45 gram dadah tiruan 'Ice' dan sejumlah kecil ganja, pil Erimin-5 dan 'Ecstasy'.


Kesemua dadah ini dianggarkan bernilai lebih $22,000.


Dalam salah satu serbuan yang dijalankan di sebuah unit di Geylang sekitar 3 petang pada 9 Jun lalu, anggota CNB telah menemui kira-kira 41 gram heroin, 9 gram 'Ice' dan beberapa pil Erimin-5.


Perkakas dadah seperti beg ziplock dan alat hisap dadah yang diubahsuai turut dirampas.


Seorang lelaki berusia 53 tahun dipercayai pengedar dan seorang wanita berumur 33 tahun dipercayai penagih telah diberkas.


Kedua-dua mereka adalah warga Singapura.


Siasatan terhadap kesemua pesalah dadah sedang dijalankan.


CNB dalam kenyataannya menyatakan, pihaknya akan terus berusaha membanteras gejala dadah di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >