Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB patahkan sindiket pengedaran dadah setempat

Mar 07, 2018 | 04:14 PM



KETUA sebuah sindiket pengedaran dadah setempat dan empat lagi pesalah dadah telah ditangkap sementara dadah bernilai lebih $166,000 dirampas dalam satu operasi awal pagi semalam (6 Mac).



Demikian menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) menerusi satu kenyataan hari ini.



Menurut CNB, pegawainya menangkap seorang lelaki warga Singapura berusia 34 tahun yang dipercayai merupakan ketua sebuah sindiket dadah setempat selepas melihatnya sedang memandu kereta di sekitar Punggol Drive.



Lelaki itu sedang memandu keretanya sementara seorang rakannya, seorang lelaki berusia 38 tahun, memandu kereta yang lain yang turut dinaiki dua lagi rakannya – seorang lelaki berusia 45 tahun dan seorang wanita berusia 37 tahun.



Kesemuanya adalah warga Singapura.



Hasil menyerbu rumah lelaki berusia 34 tahun itu di Punggol Drive, pegawai CNB menemui 243 gram Ice serta 516 pil Erimin-5, 390 pil Ecstasy dan 200 gram kanabis.



Mereka turut menemui sekitar 70 gram kanabis, 50 gram Ice, 2 gram heroin, 23 pil Erimin-5, 2 gram ketamin, dua pil Ecstasy dan peralatan dadah dalam kereta yang dipandu lelaki berusia 38 tahun serta di rumah suspek lain.



Menyusuli itu, pegawai CNB segera menjalankan satu lagi operasi dan mereka menangkap seorang lagi lelaki warga Singapura berusia 42 tahun, yang dipercayai turut menganggotai sindiket yang sama.



Siasatan terhadap kesemua suspek masih dijalankan.



Menurut jurucakap CNB berkata sindiket pengedaran dadah itu berupaya mengedarkan jumlah dadah yang besar kepada pasaran setempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >