Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COE: Harga ditutup bercampur-campur

Nov 10, 2016 | 08:15 AM



HARGA Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan ditutup bercampur-campur pada Rabu (9 Nov).



Bagi kereta hingga 1,600cc dan 130bhp, harga COE-nya naik 3.3 peratus kepada $52,668, paling tinggi dalam tempoh tiga bulan.



Harga COE bagi kereta melebihi 1,600 cc atau 130bhp turun 0.4 peratus kepada $56,206.



Bagi kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sembarang jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan bagi kereta lebih besar, ia ditutup 0.6 peratus lebih rendah kepada $56,000.



Harga COE kenderaan komersial naik 5.3 peratus kepada $48,001, manakala premium motosikal jatuh 0.7 peratus kepada $6,311.



Peniaga kenderaan mengaitkan keputusan itu dengan acara jualan kenderaan Cars@Expo Singapore Press Holdings, yang diadakan dua minggu lalu dan menghasilhan tempahan agak baik.



Sementara itu, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), COE bagi 17,060 kenderaan komersial akan tamat pada suku pertama tahun depan. Bilangan itu lebih tinggi daripada rekod 15,000 kenderaan yang dilupus pada keseluruhan tahun lalu.



Pemilik kenderaan komersial telah mula berduyun-duyun ke bilik pameran kerana menjangka kekurangan bekalan yang mungkin berlaku pada tahun baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >