Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COE: Harga jatuh namun boleh lebih rendah jika tidak kerana Uber

COE
May 19, 2016 | 10:45 AM



HARGA Sijil Hak Memiliki (COE) kereta jatuh pada tender terkini pada Rabu (18 Mei), tetapi ia seharusnya jatuh lebih banyak jika tidak kerana bidaan kuat oleh Uber.



Harga COE bagi kereta hingga 1,600cc dan 130bhp tutup 1.8 peratus lebih rendah pada $47,020, dan bagi kereta lebih 1,600 cc atau 130bhp, ia jatuh 3.6 peratus kepada $49,156.



Namun, harga COE kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan bagi kereta lebih besar, naik 1.4 peratus kepada $49,700.



Peniaga kenderaan menyatakan syarikat sewa kereta milik Uber, Lion City Rental, mengemukakan 870 bida dalam tiga kategori COE itu, dan berjaya bagi semua bida kecuali 30.



Dalam tender sebelum ini dua minggu lalu, Lion City Rental berjaya dalam semua 90 bida dalam kategori Terbuka.



Bersama bidanya yang dikemukakan dalam dua tender sebelum ini, Lion City Rental telah mendapatkan kira-kira 1,700 COE kereta dalam tempoh bidaan hanya dua bulan.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sebelum ini melarang syarikat teksi mengemukakan bida agar harga COE tidak terlalu tinggi.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pula memperkenal sekatan pinjaman kereta bagi tujuan sama.



Tetapi Uber dan firma sewa kereta privet lain tidak tertakluk pada sekatan itu.



LTA berkata bulan lalu kenderaan sewa privet boleh mengurangkan permintaan bagi kereta milik privet, tetapi menambah ia akan terus "memantau keadaan".



Sementara itu, harga COE bagi kenderaan komersial naik 1.7 peratus kepada $43,002, manakala bagi motosikal naik hanya $1 kepada $6,303.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >