Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COE: Harga kebanyakannya jatuh

Oct 08, 2015 | 08:34 AM



KEBANYAKAN harga Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan jatuh apabila tender ditutup pada Rabu (7 Okt), kerana sentimen beli kekal rendah dek prospek ekonomi yang semakin tidak menentu.


Harga COE bagi kereta hingga 1,600cc dan 130bhp naik rendah 1.1 peratus mencapai $56,001.


Namun, harga COE bagi kereta lebih 1,600cc atau 130bhp jatuh 3 peratus ke $58,190. Harga COE terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan, berkurangan paling banyak, 4.1 peratus, ke $58,801.


Harga COE kenderaan komersial merosot 0.9 peratus ke $44,890, paling rendah dalam 16 bulan.


Harga COE motosikal naik 0.7 peratus mencapai $6,201.


Menurut akhbar The Straits Times, presiden Persatuan Peniaga Kenderaan Singapura, Encik Michael Lim, berkata sentimen pengguna lemah kerana ketidaktentuan ekonomi.


"Di mana-mana di dunia, prospek ekonomi tidak baik," katanya.


Encik Lim berkata pembeli telah tukar kepada kereta lebih kecil, menyebabkan jurang antara harga COE kereta kecil dan besar mengecil kepada hanya $2,000. Biasanya, jurang itu sebanyak $10,000 atau lebih.


Bagaimanapun, beliau menambah bahawa harga "akan kekal pada kira-kira lebih $50,000" kerana bekalan COE mungkin tidak bertambah sebanyak yang dijangka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >