COE: Harga semua kategori jatuh kecuali kereta kecil

HARGA kebanyakan Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan ditutup rendah dalam tender terkini pada Rabu (5 Okt), mencerminkan sentimen ekonomi yang lebih lemah.

Hanya harga COE kereta kecil hingga 1,600cc dan 130bhp meningkat, sebanyak 3 peratus kepada $51,507.

Harga COE bagi kereta lebih 1,600 cc atau 130bhp jatuh 4.5 peratus untuk ditutup pada $53,001, paras terendah dalam lima bulan.

Bagi COE Terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan untuk kereta lebih besar, harganya jatuh 1.8 peratus kepada $54,200 - juga paling rendah dalam lima bulan.

Harga COE bagi kenderaan perdagangan susut 2.4 peratus kepada $48,702, sementara bagi motosikal jatuh 2.3 peratus kepada $6,353.

Waktu Solat

Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
3 HR PSI: 69
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,949.120 +6.070