SEJAK Jawatankuasa Siasatan (COI) dibentuk pada Disember tahun lalu untuk menyiasat kejadian rusuhan di Little India, jawatankuasa empat anggota itu telah mendengar kenyataan daripada lebih 90 saksi, meneliti bukti seperti rakaman video serta mengadakan sidang awam selama lima minggu.
Pada 27 Jun lalu, COI telah mengemukakan laporannya kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Teo Chee Hean. Semalam laporan itu didedahkan kepada orang ramai.