Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COI Rusuhan Litte India: Debat hangat antara panel dan komander

Mar 04, 2014 | 01:30 PM



SIASATAN awam mengenai rusuhan di Little India diteruskan dengan suasana mesra pagi tadi dengan pengerusi Jawatankuasa Siasatan (COI), Encik G Pannir Selvam, memberitahu komander Divisyen Polis Tanglin, Encik Lu Yeow Lim, bahawa tujuan perbicaraan itu adalah untuk menyiasat insiden tersebut, dan bukan "untuk melemahkan semangat sesiapa pun".


Bagaimanapun, perbicaraan kemudian menjadi tegang bila mantan Pesuruhjaya Polis, Encik Tee Tua Ba, dan komander lapangan semasa insiden malam itu medebatkan beberapa isu, terutama mengenai sama ada pasukan polis hanya berjaga sahaja dan "tidak melakukan apa-apa...dengan melindungi sempadan" sementara para perusuh merosakkan Litte India pada 8 Disember lalu.


Ini meskipun, kata Encik Tee, Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis (DAC) Lu mempunyai "lebih 100 orang" yang boleh dikerah ketika itu.


Bagaimanapun, DAC Lu menjelaskan para pegawai polis ketika itu berada di berbagai tempat kedudukan sepanjang Race Course Road dalam operasi yang melibatkan kawasan sebesar tiga padang bola sepak.


Bahkan, beliau hanya mempunyai lapan pegawai bersamanya di kawasan operasinya, tidak termasuk beliau sendiri dan dua lagi pegawai kanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >