SEKITAR $116 juta dalam bentuk bayaran bantuan ComCare telah diberi kepada mereka yang memerlukan dalam tahun kewangan (FY) 2014 yang berakhir pada Mac tahun ini.
Jumlah tersebut merupakan kenaikan lebih 10 peratus dalam bantuan ComCare yang diagihkan berbanding $102 juta dalam tahun kewangan sebelumnya, menurut laporan tahunan ComCare oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).