Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERBINCANGAN PERUBAHAN IKLIM COP27

COP27 maktub perjanjian iklim, tiada tindakan tegas henti bahan api fosil

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



SHARM EL-SHEIKH, Mesir: Perbincangan iklim COP27 kelmarin mencapai persetujuan untuk mewujudkan dana bagi membantu negara membangun menangani kerugian dan kerosakan akibat kesan iklim.



Namun perjanjian itu, yang dipersetujui setelah perundingan hangat selama dua minggu, dikritik kerana gagal menggesa tindakan lebih keras untuk menghapuskan secara berfasa bahan api fosil, sumber utama pengeluaran yang mendorong krisis iklim sejagat serta ancaman utama kepada usaha mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius melebihi paras praperindustrian.



Wakil dari hampir 200 negara bersetuju tentang Pelan Pelaksanaan Sharm El-Sheikh, dokumen politik 12 halaman yang melakarkan pelbagai tindakan mengenai perubahan iklim.



"Planet kita masih berada dalam bilik kecemasan," kata Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, sebagai reaksi kepada perjanjian itu.



"Kita perlu mengurangkan pengeluaran secara drastik sekarang - dan ini adalah isu yang tidak ditangani COP ini," katanya.



Beliau menambah bahawa sementara dana bagi kerosakan dan kerugian adalah penting, "ia bukan jawapan" sekiranya krisis iklim menghanyutkan negeri pulau kecil sehingga ia hilang daripada peta atau menyebabkan seluruh negara Afrika untuk menjadi padang pasir.



Beliau berkata dunia ini masih memerlukan lonjakan besar dalam cita-cita iklim.



Selama berdekad-dekad lamanya, negara-negara yang membangun telah membuat desakan bagi satu perjanjian yang dapat membayar kerosakan dan kerugian yang tidak dapat diperbaiki akibat kesan iklim.



Dana itu, struktur dan aturan kewangan yang berkaitan akan dibentuk dalam tahun akan datang ini.



Ia akan diterajui jawatankuasa yang dilantik khas, lapor akhbar The Straits Times.



Matlamatnya adalah untuk bersetuju tentang garis kasar dana itu dan sumber pembiayaan menjelang perhimpunan iklim PBB besar seterusnya - COP28 - di Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada lewat 2023.



Kemajuan juga dibuat dalam perbincangan untuk mewujudkan matlamat sejagat mengenai penyesuaian, satu lagi bidang utama bagi negara membangun yang memerlukan lebih banyak bantuan agar dapat meningkatkan daya tahan mereka terhadap ribut, banjir, kemarau dan kenaikan paras air yang semakin teruk.



Contohnya, pelaburan untuk memperkukuh prasarana seperti penyaliran dan tembok laut atau meningkatkan daya tahan pertanian terhadap cuaca lebih panas dan tidak menentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >