Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Courts ambil alih tempat Robinsons di The Heeren

Jan 15, 2021 | 05:30 AM



GEDUNG perabot dan peralatan elektronik Courts akan mengambil alih lokasi utama di The Heeren yang dikosongkan oleh gedung runcit Robinsons bulan lepas, dan akan menjadikan cawangan itu sebagai cawangan utamanya.



Cawangan itu akan mengambil keenam-enam tingkat di The Heeren, menjadikannya gedung runcit Courts yang terbesar di Singapura apabila dibuka pada suku pertama 2022.



Apabila siap nanti, cawangan Courts di The Heeren itu akan menggantikan cawangan besar di Tampines sebagai gedung utama dengan ruang sebesar 189,000 kaki persegi.



Pembukaan itu juga akan menandakan kali pertama syarikat Noijima Corporation melibatkan perniagaannya dalam konsep berformat besar di Singapura.



Syarikat gergasi elektronik Jepun itu telah memperolehi Courts pada 2019.



Courts telah membuka cawangan pertamanya di Orchard Road pada 1974.



"Kami menantikan untuk meluaskan kehadiran kami di Orchard Road, di mana semuanya bermula, dan meningkatkan lagi khidmat untuk menawarkan pengalaman runcit yang inovatif dan menarik ketika membeli barangan elektronik dan perabot rumah," kata ketua pegawai eksekutif Courts Singapore, Encik Hoang Duc Thanh Matthew dalam kenyataannya semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >