Courts sumbang $4 juta bagi projek sosial

Nurul Ain Razali

GEDUNG perabot, elektrikal dan IT gergasi, Courts, bakal menyumbang $4 juta menerusi projek-projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahun ini.

Projek-projek tersebut dipercayai usaha sosial terbesar dalam sejarah 40 tahun Courts selama berada di Singapura.

Usaha kemasyarakatan Courts itu dimulakan dengan pelancaran kerjasama 40 minggu bersama sekolah pengurusan pusat makanan, Dignity Kitchen, di Serangoon Avenue 3 hari ini.

Acara tersebut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Courts Singapore, Encik Tim Luce, dan 40 kakitangan Courts Singapore lain.

Mereka bertungkus-lumus menyediakan makanan bagi 80 warga emas dari Rumah Masyarakat bagi Warga Tua Persatuan Kebajikan Wanita Asia (AWWA).

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.