Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CPF dapatkan semula geran Medisave untuk bayi kerana silap

Apr 05, 2017 | 04:17 PM



LEMBAGA Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan mengambil balik Geran Medisave sekitar $1.7 juta yang diberikan kepada lebih 800 kanak-kanak ekoran kesilapan pemprosesan.



Kenyataan CPF menyatakan, antara $1,000 dengan $3,000 Geran Medisave untuk bayi baru dilahir telah dimasukkan dalam Akaun Medisave 885 kanak-kanak yang menjadi warga Singapura dari Mac 2016 hingga Januari lalu.



Namun, jumlah tersebut melebihi daripada jumlah yang layak mereka terima.



Semua bayi baru lahir warga Singapura layak menerima Geran Medisave $4,000.



Tetapi oleh kerana kanak-kanak terjejas itu bukan warga Singapura semasa dilahirkan, mereka sama ada tidak layak menerima geran tersebut, atau seharusnya diberikan berdasarkan prorata, bergantung kepada usia mereka ketika menjadi warga Singapura.



Ini dinyatakan CPF dalam kenyataannya hari ini, Rabu (5 April).



Bayi baru lahir yang merupakan warga Singapura semasa dilahirkan tidak terjejas dengan penarikan ini, kata CPF.



Lembaga tersebut juga meminta maaf kepada keluarga terjejas di atas kesilapan tersebut. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >