Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CPF: Panel usul naikkan Jumlah Minimum, keluarkan wang pukal pada 65 tahun

Jan 31, 2015 | 08:00 PM



SEBUAH panel yang ditugaskan menyemak Tabung Simpanan Pekerja (CPF) telah mengesyorkan langkah mengetepikan jumlah lebih tinggi untuk Jumlah Minimum dan pengeluaran wang sepukal tambahan pada usia 65 tahun.


Ini didedahkan Pengerusi Panel Penasihat CPF dan Presiden Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Tan Chorh Chuan. Menurutnya panel tersebut akan membentangkan kumpulan pertama saranannya kepada pemerintah minggu depan.


Saranan itu akan merangkumi dua aspek - bagaimana untuk mengubah Jumlah Minimum selepas 2015 bagi pesara masa depan, dan pengeluaran wang sepukal pada usia 65 tahun.


Profesor Tan berkata rakyat Singapura dijangka hidup lebih lama. Bagi mereka yang berusia 65 tahun, kira-kira separuh dijangka hidup menjangkau 85 tahun dan sepertiga dijangka hidup menjangkau 90 tahun.


Oleh itu, langkah meningkatkan Jumlah Minimum adalah penting bagi memastikan pesara mempunyai wang yang cukup untuk persaraan mereka, katanya.


Panel Penasihat CPF ditubuhkan pada September tahun lalu untuk menyemak sistem CPF, termasuk isu Jumlah Minimum.


Dilantik Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Panel Penasihat CPF sedang mengkaji peningkatan sistem CPF untuk menjadikannya lebih fleksibel dalam memenuhi keperluan lebih ramai rakyat Singapura dan menawarkan pilihan tambahan semasa bersara.


Panel itu turut mengusulkan CPF membolehkan pencarum mengeluarkan wang daripada akaun CPF mereka secara sepukal sekali lagi pada usia 65 tahun.


Buat masa ini, pencarum hanya boleh mengeluarkan wang secara sepukal pada usia 55 tahun.


Profesor Tan berkata jumlah yang disarankan itu hampir apa yang disebut dalam Rapat Hari Kebangsaan tahun lalu.


Dalam rapat itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata ia mungkin dihadkan kepada 20 peratus daripada simpanan CPF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >