Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Credit Suisse terus beroperasi tanpa gangguan di S'pura selepas UBS ambil alih: MAS

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



LANGKAH UBS mengambil alih Credit Suisse tidak dijangka memberi kesan kepada kestabilan sistem perbankan, dengan operasi Credit Suisse akan terus berjalan tanpa gangguan di Singapura dan pelanggannya mempunyai akses kepada akaun mereka, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Bank pusat itu berkata dalam kenyataannya bahawa kontrak Credit Suisse dengan rakan sejawatannya masih berkuat kuasa.



Kededua bank berpangkalan di Switzerland itu - tunggak penting dalam kewangan negara itu - tidak mempunyai pelanggan runcit dan mengendalikan perniagaan perbankan privet dan perbankan pelaburan di Singapura.



Selain daripada kegiatan perbankan, Credit Suisse juga mengendalikan khidmat kewangan di bawah entiti berlesen lain di Singapura, kata MAS sambil menambah, buat masa ini, entiti berkenaan akan terus beroperasi di bawah lesen masing-masing.



MAS berkata ia telah berhubungan rapat dengan Penguasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma), dan sudah diberikan taklimat oleh badan penguasa itu awal Isnin, mengenai butiran mengenai pengambilalihan tersebut.



Sedang pengambilalihan itu dilakukan, MAS, Finma, Credit Suisse dan UBS akan memudahkan dan memastikan peralihan yang tersusun, termasuk menangani sebarang kesan ke atas pekerjaan.



Kenyataan MAS pada Isnin dibuat sehari selepas Finma mengumumkan bahawa UBS telah bersetuju untuk membeli pesaingnya, Credit Suisse pada kos 3 bilion franc Swiss ($4.3 bilion).



UBS juga akan menanggung kerugian sehingga AS$5.4 bilion ($7.2 bilion) dalam perjanjian yang dijangka dirumuskan akhir 2023.



Dalam langkah bertujuan untuk memastikan kestabilan bagi pasaran kewangan antarabangsa dan Switzerland, bank pusat Switzerland itu berkata perjanjian tersebut termasuk bantuan kecairan bernilai 100 bilion franc Swiss untuk UBS dan Credit Suisse.



Sebagai antara 30 bank global yang dianggap penting dalam sistem perbankan, kejatuhan Credit Suisse akan terasa di merata sistem kewangan global.



Dalam responsnya kepada media yang dilaporkan oleh The Business Times, Credit Suisse berkata ia tidak menjangka sebarang gangguan kepada khidmat pelanggan dan bank itu memberi perhatian sepenuhnya untuk memastikan peralihan yang lancar dan pengalaman yang tidak terganggu untuk pelanggannya.



Bank itu menambah acara Persidangan Pelaburan Asia, yang akan diadakan di Hong Kong daripada 21 Mac hingga 23 Mac, akan diteruskan sebagaimana yang dijadualkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >