ORANG ramai boleh menjangkakan cuaca panas di Singapura bagi tempoh dua minggu mendatang, ujar Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) dalam satu kenyataan kelmarin.
MSS berkata suhu harian maksimum bagi kebanyakan hari diramalkan mencapai sekitar 33 darjah Celsius atau 34 darjah Celsius, dan pada beberapa hari, boleh mencapai sekitar 35 darjah Celsius.