Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuba bakar kelab guna bom botol: Suspek kelima didakwa

Oct 06, 2016 | 09:19 AM



LIMA lelaki disyaki cuba membakar sebuah kelab di St James Power Station pada awal pagi 13 Sep dengan menggunakan bom botol.



Empat suspek ditahan sejurus selepas kejadian itu dan dikenakan satu tuduhan perbuatan khianat menggunakan api setiap seorang, tetapi suspek kelima - Daryl Tay Kai Long - lolos selama tiga minggu sebelum ditangkap polis.



Pada Rabu (5 Okt), Tay, 26 tahun, dikenakan tuduhan sama. Dia ditawarkan ikat jamin $15,000.



Rakan sejenayahnya - Toh Wen Yi dan Bryan Ho Chang Rong, kedua-duanya 26 tahun, dan Eugene Lim Huang Shen dan Kefas Ho Jin An, kedua-duanya 23 tahun, didakwa pada 15 Sep



Kes kelima-lima tertuduh akan didengar lagi pada 17 Okt.



Mereka dituduh bertindak bersama melontarkan empat bom botol ke pintu masuk kelab yang dipanggil Bounce itu antara 2.10 dengan 2.26 pagi 13 Sep.



Serangan itu dipercayai "satu tindakan balas dendam yang timbul daripada pertikaian sebelumnya antara salah seorang suspek dan kakitangan salah satu pusat hiburan di St James Power Station", kata polis.



Hasil siasatan mendapati tiga lelaki menyalakan dan melempar empat botol bir penuh berisi petrol, sebelum melarikan diri.



Tiada siapa cedera dalam kejadian itu.



Hukuman maksimum bagi kesalahan melakukan perbuatan khianat dengan api atau sembarang bahan letupan ialah penjara tujuh tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >