PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah berjaya memintas seorang lelaki warga Singapura yang cuba membawa masuk lebih 90,000 pil tidur ke sini.
Menurut ICA dalam kenyataannya semalam, lelaki berusia 38 tahun itu sedang memandu sebuah kereta berdaftar Singapura sekitar 6.30 petang Sabtu lalu apabila kenderaannya diperiksa oleh pegawai ICA di Pusat Pemeriksaan Woodlands.