Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cucu pengasas Metro hadapi hukuman dadah

Aug 03, 2016 | 09:20 AM



SEORANG waris keluarga yang mengasaskan gergasi runcit Metro Holdings menghadapi tuduhan mengedar ganja serta memiliki dan menggunakan dadah.



Ong Jenn, cucu pengasas Metro Ong Tjoe Kim dan anak bekas pengarah urusan kumpulannya, Encik Jopie Ong, didakwa pada 1 Nov 2014, menurut laporan Channel NewsAsia.



Persidangan sebelum perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 19 Ogos, dan dia kini bebas dengan ikat jamin $150,000.



Ong, 41 tahun, dibela oleh Peguam Kanan Tan Chee Meng, timbalan pengerusi WongPartnership.



Dia dituduh bersubahat dengan seorang bernama Mohamad Ismail Abdul Majid mengedar dua blok ganja, satu seberat 92.68g dan satu lagi 385.1g.



Ismail ditangkap bersama dadah itu di Jurong Port Road pada 30 Okt 2014, pada kira-kira 4.20 petang.



Ong ditangkap esoknya.



Pagawai antinarkotik menemui pengewap untuk menyedut dadah di di dalam keretanya di tempat letak kereta Ngee Ann City pada kira-kira 1.20 petang .



Kurang satu jam kemudian, mereka menemui dua blok ganja yang didakwa milik Ong di sebuah hartanah di Bishopsgate. Dadah seberat 75.32g dan 284.7g itu bertujuan untuk dijual.



Para pegawai juga menemui ganja seberat 1.44g ganja dan campuran mengandungi tetrahydrocannabinol (THC), komponen utama psikoaktif ganja, seberat 8.41g yang didakwa miliknya.



Pada hari sama, air kencing Ong didapati positif metabolit THC yang terbentuk di dalam tubuh selepas menghisap ganja.



Menurut profil dalam taliannya, Ong menjadi pengurus pembangunan perniagaan di Metro Holdings sejak 2003. Dia menghadiri Sekolah Pengurusan, Universiti Boston dari 1996 hingga 2000.



Dia juga pengasas dan pengarah Tompang, sebuah pengendali platform runcit. Ong disenaraikan sebagai "pemegang saham besar" kumpulan itu dalam laporan tahunan terbarunya.



Jika didapati bersalah bagi empat pertuduhan mengedar dadah terkawal Kelas A, Ong menghadapi hukuman penjara mandatori antara lima hingga 20 tahun, dengan rotan sebanyak lima hingga 15 kali, bagi setiap pertuduhan.



Bagi dua pertuduhan memiliki dadah terkawal Kelas A, dia berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda $20,000, jika sabit kesalahan.



Jika didapati bersalah mempunyai perkakas untuk menggunakan dadah terkawal Kelas A, Ong menghadapi hukuman penjara hingga tiga tahun dan denda $10,000.



Dan jika sabit kesalahan menggunakan ganja, cannabinol atau derivatif cannabinol, dia boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan denda $20,000.



Metro Holdings ditubuhkan pada 1957 oleh Encik Ong Tjoe Kim. Ia bermula sebagai sebuah kedai tekstil di 72 High Street dan hari ini merupakan sebuah kumpulan pembangunan dan pelaburan hartanah dengan pendapatan sebanyak $145.8 juta dan aset bersih bernilai $1.4 bilion sehingga 31 Mac tahun lepas.



Bapa Ong, Encik Jopie Ong, pengarah urusan kumpulan itu dari 1973 hingga kematiannya Februari lalu.



Di bawah kepimpinan beliaulah Metro meningkat menjadi gergasi runcit dan, kemudian, pemain hartanah besar yang mempunyai kepentingan di China, Jepun dan Britain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >