Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cucu pengasas pawagam Shaw didakwa pandu ketika mabuk lagi

Feb 16, 2017 | 11:51 AM



SEORANG ahli keluarga Shaw, Howard Shaw Chai Li, 46 tahun, didakwa di mahkamah pada Khamis (16 Feb) dengan tuduhan memandu dalam keadaan mabuk.



Menurut dokumen mahkamah, bekas aktivis hijau itu mempunyai rekod dua sabitan memandu ketika mabuk - pada 19 Feb 1997 dan 26 Jan 2006.



Ini bermakna dia boleh dikenakan hukuman dipertingkat jika disabitkan atas kesalahan itu buat kali ketiga.



Dalam kes pertama, dia didenda $3,000 dan dilarang memandu selama dua tahun. Dalam kes kedua, dia dihukum penjara seminggu, denda $8,000 dan dilarang memandu selama empat tahun.



Pesalah degil kesalahan memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan hukuman dipertingkat penjara hingga tiga tahun dan denda hingga $30,000.



Bagi kes terbaru itu, Shaw didakwa mempunyai 88 mikrogram alkohol dalam 100ml nafasnya semasa memandu di Whitley Road pada kira-kira 3.45 pagi pada 31 Jan



Ini lebih daripada dua kali ganda had yang ditetapkan, itu sebanyak 35 mikrogram.



Shaw, yang merupakan cucu Encik Runme Shaw, pengasas Shaw Organisation, diwakili oleh peguam Terence Tan.



Dia akan kembali ke mahkamah pada 30 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >