Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dadah campuran baru ‘Happy Water’ cetus kebimbangan di rantau ini

Jun 18, 2022 | 07:57 PM



SATU koktel baru dadah sintetik yang boleh membawa maut telah melanda Asia Tenggara, dengan pihak berkuasa di rantau ini melahirkan rasa bimbang pengguna dadah itu boleh menghadapi risiko baru.



Dikenali sebagai ‘Happy Water’, dadah itu merupakan campuran serbuk yang mengandungi kafein, diazepam, ketamin, Ecstasy, methamphetamine dan tramadol.

Walaupun diazepam dan tramadol ubat preskripsi, ketamin, Ecstasy dan methamphetamine adalah ubat terkawal di Singapura.



Campuran yang terdapat dalam pelbagai warna dan dibungkus dalam uncang itu dilarutkan dalam cecair dan diminum sebagai minuman, lapor The Straits Times (ST).

Koktel itu dilaporkan ditemui di pusat hiburan di Thailand dan Myanmar dalam beberapa bulan lalu.



Bangkok Post melaporkan pada April lalu bahawa ‘Happy Water’ dijual di beberapa bar di Pattaya, Thailand.

Di Myanmar, pihak berkuasa berkata pada awal bulan ini bahawa koktel itu dijual di bar, kelab dan kedai KTV di serata bandar Yangon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >