Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dadah: Lebih ramai diberkas, kian banyak penagih baru bawah 30 tahun

Aug 21, 2015 | 03:40 PM



JUMLAH penagih dadah yang ditangkap dalam separuh pertama tahun ini lebih tinggi daripada tempoh sama tahun lalu, dan lebih ramai penagih baru berumur bawah 30 tahun.


Menurut perangkaan Biro Narkotik Pusat (CNB) yang dikeluarkan hari ini (21 Ogos), 1,684 penagih ditangkap antara Januari dan Jun lalu, 8 peratus lebih ramai daripada 1,560 pada separuh pertama tahun lepas.


Sebanyak 37 peratus daripada mereka penagih baru, dengan kira-kira tujuh dalam 10 penagih baru berusia bawah 30 tahun - bertambah sedikit daripada tempoh sama tahun lalu, apabila 69 peratus penagih baru berumur bawah 30 tahun.


Lebih 90 peratus penagih menyalah guna methamphetamine, atau Ice, dan heroin. Penagih ganja yang ditangkap pula bertambah kira-kira 18 peratus.


Selain itu, lebih banyak dadah dirampas pada Januari hingga Jun lalu berbanding tempoh sama tahun lepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >