Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dadah: Seorang lagi warga Singapura ditangkap di Bali

Oct 04, 2016 | 03:53 PM



JAKARTA: Pihak berkuasa lapangan terbang di Bali telah menangkap seorang lagi warga Singapura kerana memiliki dadah. Lelaki itu warga Singapura kedua ditangkap dalam sebulan dek dadah di pulau percutian Indonesia itu.



Suspek, yang dikenali sebagai Goh Thiam Ann Desmond, ditangkap dengan 1.47 gram methamphetamine dan dua pil Ecstasy, atau Ice, di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai pada Isnin (3 Okt) malam.



Dadah itu diletak dalam dua paket plastik berasingan yang disimpan di dalam sebuah dompet hitam, kata ketua kastam dan pejabat eksais di lapangan terbang itu, Encik Budi Harjanto, dalam satu sidang media pada Selasa (4 Okt).



Goh dikatakan seorang pramugara, tetapi pihak berkuasa tidak mendedahkan syarikat penerbangan tempat dia bekerja kerana dia sedang bercuti semasa ditangkap.



"Kami melakukan pemeriksaan badan dan kami menemui dadah dalam dompetnya," kata Encik Budi. "(Goh) merancang bercuti seminggu di Bali dan menggunakan sendiri dadah itu."



Encik Budi berkata Goh, 42 tahun, membeli dadah itu di Singapura dan menggunakan sebahagian daripadanya di negara itu.



Dia kini menghadapi hukuman denda dan penjara lima hingga 15 tahun jika didapati bersalah atas kesalahan dadah, kata Encik Budi.



Bulan lalu, seorang warga Singapura yang bekerja secara haram sebagai deejay ditangkap kerana mengedar dadah di Bali.



Pada masa itu, pegawai antidadah Indonesia berkata Muhammad Faliq Nordin, 32 tahun, ditangkap dalam satu operasi pada 10 Sept, selepas dia mengambil dua bungkusan di pejabat pos di Denpasar, ibu negeri Bali.



Bungkusan itu, yang tiba secara berasingan dari Belanda pada 29 Ogos dan 9 Sept, berisi 100.2g methamphetamine, yang lebih dikenali dengan nama jalanannya kristal meth, dan 30.3g kokain.



Dadah itu mempunyai nilai jalanan yang dianggarkan sebanyak 225 juta rupiah ($23,300), menurut Encik Syarif Hidayat, yang mengetuai pejabat kastam dan eksais bagi Bali, Nusa Tenggara Barat dan Nusa Tenggara Timur.



Jurucakap polis wilayah Bali, Anak Agung Made Sudana, berkata Faliq warga Singapura pertama ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah di pulau peranginan popular itu.



Undang-undang Indonesia membezakan antara pengguna, penghantar dan pengedar edar, dengan pengedar biasanya menerima hukuman mati maksimum jika sabit kesalahan.



Jumlah dadah yang dirampas semasa penangkapan Goh dan Faliq tidak membawa hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >