Dadah: Wanita Thai terselamat daripada hukuman mati

~SEORANG wanita Thai yang bersetuju membantu seorang lelaki warga Nigeria menghantar “barang haram” dari New Delhi ke Bangkok melalui Singapura dengan upah $2,300, terlepas hukuman mati walaupun didapati bersalah mengimport dua kilogram methamphetamine, atau Ice.

Sebaliknya, Samruamchit Wipha diberi hukuman penjara seumur hidup semalam, selepas dia disahkan oleh pihak pendakwaan telah banyak membantu pihak berkuasa.

Hakim Choo Han Teck mendapati dia "memainkan peranan penghantar semata-semata".

Samruamchit ditahan di Lapangan Terbang Changi pada 17 Disember 2012, dengan kira-kira tiga kilogram bahan kristal tersembunyi dalam satu petak palsu dalam begnya.

Bahan itu didapati mengandungi kira-kira dua kilogram Ice. Di bawah undang-undang, sesiapa didapati bersalah mengedar lebih 250 gram Ice menghadapi hukuman mati.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Samruamchit memberi keterangan bahawa dia hanya tahu dia akan membawa barang haram untuk "Kelvin", seorang lelaki warga Nigeria yang ditemuinya dua bulan sebelum itu di sebuah kafe di Bangkok.

Wanita itu memberi keterangan bahawa dia telah menghantar sebuah beg mengandungi pakaian untuk Kelvin di Thailand. Ini membuat dia percayai bahawa "barang haram" itu pakaian dan kasut.

Bagaimanapun, Hakim Choo menolak pembelaan Samruamchit bahawa dia tidak menyedari beg itu mengandungi dadah, memandangkan dia membuat beberapa rujukan kepada dadah dalam kenyataannya Biro Narkotik Pusat (CNB).

Undang-undang baru yang berkuatkuasa mulai 2013 memberi hakim budi bicara untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan bukan hukuman mati ke atas penghantar kiriman dadah jika mereka banyak membantu pihak berkuasa.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.