Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dah tak perlu pakai pelitup tapi ada masih pakai...

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



SETELAH hampir tiga tahun pemakaian pelitup diwajibkan bagi penumpang dalam pengangkutan awam, keadaan cukup berbeza pada Isnin.



Ini setelah pemakaian pelitup tidak lagi diwajibkan selepas sekatan Covid-19 ditarik balik.



Meskipun begitu, ada juga dalam kalangan penumpang yang masih memakai pelitup kerana ia telah menjadi kebiasaan dan sebagai langkah berjaga-jaga.



Berkongsi pemerhatian semasa hari pertama tahap Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) diturunkan kepada hijau dari kuning, jurutera sistem teknologi maklumat (IT), Encik Nurhady Norhisam, 28 tahun, berkata:



"Saya teruja Singapura kembali beransur seperti sediakala, di mana orang ramai boleh bergaul dan berjumpa satu sama lain, tanpa sekatan.



"Namun, saya lebih suka untuk berpelitup semasa di dalam pengangkutan awam kerana melalui pengalaman saya, ada juga sesetengah orang yang kurang peka terhadap tanggungjawab sosial."



Sepanjang perjalanan menaiki MRT dari rumahnya di Hougang hingga ke tempat kerjanya di Tanjong Pagar, beliau terus memakai pelitup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >