Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dakwaan pemblog Han Hui Hui beliau dianiayai dalam sel Mahkamah Negara 'tidak berasas dan palsu': MHA

Mar 14, 2017 | 02:44 PM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) menafikan dakwaan aktivis dan pemblog Han Hui Hui bahawa beliau dianiayai dalam sel Mahkamah Negara, dan menolaknya sebagai "tidak berasas dan palsu".



Dalam satu kenyataan pada Selasa (14 Mac), MHA merujuk kepada sebuah artikel dalam talian bertajuk 'Alone in a cell' (Sendirian dalam sebuah sel) yang disiarkan di blog Cik Han pada 23 Feb.



Dalam artikel itu, Cik Han, 24 tahun, menyifatkan pengalamannya dalam sel Mahkamah Negara pada 22 Feb, selepas rayuannya, yang ditolak, terhadap hukuman denda kerana menganjurkan bersama sebuah perhimpunan bantahan untuk mengganggu sebuah acara amal di Taman Hong Lim pada September 2014.



Antara dakwaan Cik Han ialah beliau dikenakan pemeriksaan tubuh "memalukan" yang memerlukan beliau membuka bajunya.



MHA berkata Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) telah menemuramah pegawai relevan dan melihat semula rakaman dan dokumen CCTV berhubung penjagaan Cik Han dalam lokap.



Lima dakwaan yang Cik Han tulis dalam artikelnya ditangani oleh MHA:



Pertama, Cik Han tidak dikenakan pemeriksaan bogel. Beliau diperiksa seorang pegawai wanita dan dalam berpakaian sepanjang tempoh itu;



Kedua, dakwaan Cik Han bahawa pegawai lelaki berjalan melewati beliau semasa beliau diperiksa tidak benar. Beliau diletak di sayap wanita lokap itu, yang tidak boleh diakses oleh pegawai lelaki. Skrin privasi juga digunakan apabila pemeriksaan dijalankan;



Ketiga, dakwaan beliau bahawa Pegawai Polis Bantuan (Apos) warga Malaysia yang diupah SPS membuat komen menghina terhadap rakyat Singapura tidak berasas. Pasukan yang menyelia lokap itu terdiri daripada pegawai penjara yang disokong oleh pegawai Apos warga Singapura dan Malaysia;



Keempat, dakwaan beliau bahawa tahanan tidak diberi kelengkapan peribadi selepas membuang air kecil atau besar juga tidak benar. Atas permintaan, kertas tandas disediakan kepada tahanan.



Kelima, Cik Han diberi makan tengah hari semasa ditahan sementara.



MHA menambah bahawa Cik Han boleh membangkitkan isu-isu itu pada bila-bila masa semasa beliau berada dalam tahanan dan SPS akan menyiasatnya.



Namun, beliau tidak berbuat demikian.



"Sebaliknya, beliau memilih untuk menerbitkan cerita beliau yang direka, palsu dan mengelirukan di media sosial," kata MHA.



"MHA mengambil semua dakwaan dengan serius dan akan menyiasat dengan teliti. Bagaimanapun, kami juga akan bersungguh-sungguh mempertahan para pegawai kami daripada serangan tidak berasas untuk memastikan integriti agensi penguatkuasaan undang-undang kita tidak terjejas."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >