Dalam 6 saat Eusoffians boleh buat anda tertawa

Nur Adilah Mahbob

ENCIK Raul Eusoff dan dua adiknya mempunyai bakat unik - mereka boleh membuat orang tertawa dalam enam saat.

Tiga beradik yang menggelar diri mereka sebagai Eusoffians itu bermula di platform media sosial Vine sejak tahun lalu, dan kini mempunyai lebih 55,000 'pengikut' dalam wadah tersebut.

Malah, video pendek enam saat mereka itu turut menarik peminat dari Malaysia, selain Singapura, kerana kebanyakan video mereka dalam bahasa Melayu dan memanfaatkan trend #malayvines.

Beliau antara 30 peserta Maker Bootcamp, sebuah bengkel dua hari untuk belajar daripada penerbit video dalam talian lain dari Amerika Syarikat, Malaysia, India dan Singapura.

Bengkel itu dianjurkan Penguasa Pembangunan Media (MDA) dan Maker Studios.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.