Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR LEBARAN

Dalam menyambut Syawal usah lupakan pengalaman berharga yang dilalui di bulan Ramadan

Sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, telah menyampaikan amanatnya. Berikut disiarkan ucapan penuh beliau.
Jul 06, 2016 | 05:30 AM



"Selamat Hari Raya. Aidilfitri menandakan akhirnya Ramadan.



Sepanjang bulan Ramadan, kita bermuhasabah dan mempertingkat kerohanian diri.



Mengimbas kembali, saya gembira Ramadan kali ini dipenuhi dengan pelbagai usaha yang bermakna.



Saya lihat ramai anggota masyarakat, baik tua mahupun muda, beribadah dan beramal di masjid.



Ramai sukarelawan pula berganding bahu dengan masyarakat asing, menyediakan juadah berbuka di masjid, kolong blok dan sebagainya.



Saya bangga melihat anak-anak muda kita giat membawa keceriaan kepada keluarga yang memerlukan.



Juadah berbuka puasa seperti bubur dinikmati bersama tanpa mengira latar belakang dan dibawa pulang untuk dikongsi dengan keluarga.



Beberapa peristiwa telah meninggalkan kesan mendalam kepada diri saya.



Antaranya, jelas terbayang keghairahan anak-anak kecil daripada keluarga kurang mampu ketika menerima buku-buku daripada Yayasan Mendaki. Kegembiraan dan rasa syukur mereka membawa iktibar untuk saya.



Sifat murah hati golongan pekerja asing yang mengumpul wang dan menaja iftar di masjid-masjid kita membuat saya terharu.



Usaha Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan masjid yang mengalu-alukan kedatangan sesiapa pun mencerminkan keinginan kita menghidupkan nilai rahmat kepada semua tanpa mengira latar belakang.



Saya berterima kasih kepada rakan-rakan dari negara asing kerana kehadiran mereka memperkayakan kehidupan beragama kita.



Meluangkan masa bersama keluarga, memberi dengan ikhlas, bermuhasabah dan menjalin silaturahim dengan masyarakat di sekeliling kita, bagi saya, inilah antara nilai murni terpenting yang lahir sepanjang bulan Ramadan kali ini.



Dari itu, dalam kita menyambut Syawal, jangan pula kita lupakan pengalaman Ramadan yang berharga ini.



Ayuh, kita terus berusaha mencapai yang terbaik dan menguatkan tekad membina masyarakat yang penyayang.



Perjalanan kita menuju visi Masyarakat Cemerlang masih jauh.



Setiap Ramadan, kita menaruh harapan yang lebih tinggi pada tanah air kita, Singapura.



Kita memberi sumbangan bukan sahaja untuk kebaikan peribadi, malah untuk manfaat orang di sekeliling.



Kebaikan dalam bulan Ramadan harus diteruskan sepanjang tahun.



Banyak kejayaan yang kita boleh raikan. Tetapi masih banyak yang boleh dilakukan.



Hari ini, masyarakat Melayu/Islam adalah anggota genting masyarakat Singapura yang bersatu padu, prihatin dan dinamik.



Adalah menjadi tanggungjawab kita memperkukuh Kisah Singapura ini demi manfaat generasi seterusnya.



Justeru, dalam kita menyambut Hari Raya, marilah kita sama-sama melahirkan rasa syukur ke atas keamanan, kemakmuran dan nikmat berkeluarga serta bermasyarakat yang kita ada selama ini.



Ayuh, kita terus bekerjasama bagi mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan indah untuk kita semua.



Bagi pihak rakan Anggota Parlimen yang lain, dengan ikhlas, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin."



"Meluangkan masa bersama keluarga, memberi dengan ikhlas, bermuhasabah dan menjalin silaturahim dengan masyarakat di sekeliling kita, bagi saya, inilah antara nilai murni terpenting yang lahir sepanjang bulan Ramadan kali ini.... Kebaikan dalam bulan Ramadan harus diteruskan sepanjang tahun."



- Dr Yaacob Ibrahim, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >