Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dalami dunia seni

Jan 17, 2020 | 09:37 PM



MULAKAN tahun baru ini dengan mendalami seni bersama pelukis dan artis tempatan.



Terdapat beberapa bengkel yang diadakan pada minggu ini yang bertujuan memberi peluang kepada semua, terutamanya golongan belia untuk berseni secara mendalam. 



Antaranya adalah bengkel dan juga tour seni jalanan dan grafiti yang diadakan sempena Aliwal Urban Art Festival (AUAF) pada Sabtu (18 Jan) dan bengkel penulisan puisi serta lukisan batik di Stamford Arts Centre pada Ahad (19 Jan). 



Bengkel dan juga tour grafiti itu, ia dianjurkan kumpulan seni pelukis jalanan, RSCLS, bertujuan memberi peluang bagi peserta melihat ‘previu’ lukisan graffiti yang bakal diadakan di sekitar daerah Kampung Glam melalui filter aplikasi Instagram yang disediakan khas untuk projek ini. 



Kurator projek itu yang hanya ingin dikenali nama samarannya SONG, berusia 24 tahun, berkata: 



“Berdasarkan tema AUAF tahun ini iaitu, ‘What if,’ (bagaimana jika) kami ingin mendidik dan melihat respons peserta, terutamanya golongan belia, jikalau mereka selesa dengan adanya lukisan grafitti di dinding-dinding rumah kedai Kampung Glam. 



“Ini kerana, grafiti dan seni jalanan merupakan satu amalan seni yang sering dipandang sebagai pertunjukan pemberontak.



 “Walaupun pada masa kini, ia sudah mulai diterima kerana ia dapat mencantikkan sekitaran, ramai masih belum menerimanya,” tambah beliau. 



Pada akhir kunjungan itu, peserta akan diajak masuk ke satu pameran di Pusat Seni Aliwal, di mana mereka dapat menyaksikan dan berinteraksi bersama pelukis grafitti yang sedang menghasilkan lukisan semasa berada di dalam ‘kandang.’ 



Kata Encik Zulkarnaen Othman, 41 tahun, artis seni jalanan setempat dan juga penasihat projek tersebut, pameran itu bertujuan mencerminkan cabaran yang dialami seorang penggiat seni jalanan. 



“Mereka bebas melukis apa sahaja di dinding dalam kandang itu, malah, mereka seolah masih ‘digari’ oleh pandangan masyarakat terhadap seni ini dan undang-undang negara juga.” 



“Dengan itu, peserta dapat melanjutkan perbincangan bersama pelukis mengenai proses mengendali keadaan tersebut sementara mereka menghasilkan sesuatu lukisan.”



Selain seni jalanan, terdapat juga bengkel penulisan puisi dan lukisan batik yang diadakan di Pusat Seni Stamford. 



Bengkel ini diadakan sewaktu berlangsungnya pameran seni bertajuk PNEUMA: Of Spirituality in Contemporary Age (Kerohanian dalam zaman kontemporari).



Bengkel penulisan puisi dan lukisan batik itu akan dipimpini artis seni visual Encik Noor Iskandar, 30 tahun bersama pelukis batik, Cik Fajrina Razak, 31 tahun. 



Mereka akan mengarahkan peserta mengimbas kembali dan mencatatkan kenangan istimewa agar dapat mendalami kerohanian diri sendiri. 



Kemudian, peserta akan menulis lagi tulisan itu di kain batik dan hasilnya akan ditampilkan di bilik pameran itu hingga 6 Februari. 



“Memandangkan peserta kami juga mempunyai latar belakang mahupun agama berbeza, bengkel ini dapat memberi peluang berkongsi tentang konsep kerohanian masing-masing,” kata Cik Fajrina. 



Bagi Encik Iskandar, latihan penulisan itu ibarat memberi ruang kepada memori untuk ‘berehat.’ 



“Dengan mencatatkan memori, kami ingin bertanya, apa yang akan terjadi kepada memori itu? Adakah kami akan melupakan peristiwa itu atau memberinya satu tugu peringatan? 



“Kedua kemungkinan tersebut saya berharap dapat peserta mendalami kerohanian masing-masing melalui proses berseni,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >