Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dalang penipuan IPPT dipenjara 18 bulan

Mar 21, 2017 | 07:44 AM



DALANG satu skim penipuan Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT) dihukum penjara 18 bulan pada Isnin (20 Mac).



Jurujual Lim Chun Chyi, yang melakukan kesalahan itu antara 2011 dan 2014, menghadapi 93 tuduhan melibatkan sejumlah $24,700.



Pada masa itu, dia melakukan IPPT bagi pihak 72 anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen).



Pada Isnin, dia mengaku bersalah terhadap 20 daripada tuduhan itu, melibatkan jumlah $8,000.



Baki 73 tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Menurut dokumen mahkamah, Lim dan dua rakannya - Nicholas Tan Kun Sung, 37 tahun, dan Kho Puay Meng, 39 tahun - memasuki kem tentera untuk melaksanakan IPPT bagi pihak pelanggan mereka, yang semuanya anggota kerahan NS.



Hanya Lim yang berinteraksi dengan pelanggan mereka.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ng Jean Ting berkata Lim akan sama ada secara aktif mencari atau menerima permintaan daripada pelanggannya melalui panggilan telefon atau mesej WhatsApp.



Dia kemudian akan mendaftar untuk IPPT bagi pihak pelanggannya.



DPP Ng berkata: "Sebagai balasan, bergantung sama ada tertuduh memperoleh emas, perak atau lulus dengan hadiah insentif, tertuduh akan menerima bayaran insentif yang diberi Kementerian Pertahanan kepada anggota kerahan sebagai bayaran."



Sebagai contoh, jika dia mendapat anugerah emas, dia akan menerima $400.



Kadang-kadang, Lim akan meminta pelanggan tertentu membayar kos tambahan $50.



Jika pelanggan bersetuju dengan syarat-syaratnya, Lim akan meminta butiran peribadi mereka dan menggunakannya untuk mendaftar secara dalam talian melalui portal NS.



Dia akan menggunakan akaun pelanggannya dan pilih slot masa sesuai untuk mengambil IPPT di salah satu daripada banyak pusat kecergasan tentera di seluruh pulau.



Dia kemudian akan bertemu pelanggannya untuk mendapatkan dokumen pengenalan mereka seperti kad pengenalan dan lesen memandu, untuk memudahkan dia masuk ke pusat itu.



Pada slot yang dijadualkan, dia sama ada akan pergi ke pusat itu sendiri atau melibatkan rakan sejenayahnya untuk berbuat demikian.



Jika Tan dan Kho terlibat, Lim akan memberi mereka sebahagian daripada bayaran insentif itu, kata DPP Ng.



Lim ditangkap pada 6 Dis 2014 selepas jurulatih kecergasan di Kem Khatib mengenali dia kerana dia pernah pergi ke sana beberapa minggu sebelum itu.



Provos Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) memulakan siasatan tidak lama lagi selepas itu dan perkara tersebut dirujuk kepada polis pada April 2015.



Pelanggan Lim telah ditangani secara dalaman oleh SAF dan pada 13 Sep tahun lalu, Kho dipenjara dua bulan selepas mengaku bersalah terhadap satu tuduhan bersubahat untuk menipu.



Kes melibatkan Tan belum selesai.



Bagi setiap tuduhan menipu, Lim boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >