GAJI tahunan pekerja posmen SingPost telah naik hampir 10 peratus hasil daripada usaha firma itu melaksana program pertumbuhan inklusif.
Pada tahun lalu, SingPost menubuhkan Dana Inklusif berjumlah $10 juta, dan ia digunakan untuk membantu posmen dan kakitangan bergaji rendah menangani kenaikan kos sara hidup, mempertingkat kemahiran dan memberi bantuan pendidikan kepada anak mereka.