Dana bantu keluarga mangsa gempa Sabah dibentuk

SEBUAH dana bagi membantu keluarga mangsa warga Singapura yang terkorban akibat gempa bumi di Sabah pada 5 Jun lalu telah dibentuk.

Dipanggil 'Sabah Earthquake Fund' (Dana Gempa Bumi Sabah), ia akan membantu pelatih serta malim gunung di Sabah yang terkorban atau mempunyai mata pencarian mereka terjejas akibat bencana itu.

Pengumpulan derma bagi dana itu akan dikendalikan Kementerian Pendidikan (MOE), yang akan ditadbir Yayasan Temasek.

Orang ramai boleh memberi derma kepada lebih daripada satu kumpulan benefisiari dana berikut:

a) keluarga Allahyarham Mohammad Ghazi Mohamed (bekas guru Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS)

b) keluarga mendiang Loo Jian Liang Terrence Sebastian (bekas guru TKPS)

c) keluarga Allahyarham Muhammad Daanish Amran (bekas instruktor dari Camp Challenge Pte Ltd yang ditugaskan bersama TKPS)

d) pelatih Mountain Torq (atau keluarga mereka) dan pemandu gunung Sabah

Orang ramai yang ingin menderma boleh melakukannya menerusi cek sehingga 22 Julai ini.

Resit boleh ditolak cukai tidak akan diberi. Derma dalam bentuk barang hadiah tidak akan diterima.

Cek harus dibuat kepada 'Sabah Earthquake Fund' dan dihantar ke alamat berikut:

Ministry of Education

1 North Buona Vista Drive

MOE Building, #09-52

Singapore 138675

(Attn: Sabah Earthquake Fund)

Untuk maklumat lanjut, lungsuri laman www.moe.gov.sg/sabahearthquakefund.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.