Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana bantu pelajar komunikasi NTU biaya kos pengajian

Sep 09, 2021 | 05:30 AM



SEKOLAH Pengajian Komunikasi dan Maklumat Wee Kim Wee (WKWSCI) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) telah melancarkan Dana Perkembangan Pelajar APRW-NTU WKWSCI bersama agensi APRW, semalam.



APRW, yang sebelum ini dikenali sebagai Asia PR Werkz, adalah salah satu agensi komunikasi integrasi yang terawal dan terbesar di Singapura.



Dana perkembangan pelajar itu bertujuan untuk mengumpulkan $160,000 untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah kewangan untuk membiayai projek akhir tahun mereka.



Pelancaran itu diadakan di kampus NTU semalam dengan Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, hadir sebagai tetamu terhormat.



Ini menandakan kerjasama pertama antara agensi APRW dan NTU WKWSCI. Kededua pihak akan bekerjasama mengenai perkembangan profesional komunikasi di Singapura.



Dalam ucapannya, Encik Tan bercakap mengenai tiga perkara di mana komunikasi yang baik memainkan peranan penting dalam membentuk Singapura.



"Pertama, kejelasan maklumat. Covid-19 telah menekankan kepentingan 'infodemik', di mana ia penting untuk mempunyai akses kepada maklumat yang boleh dipercayai.



"Kedua, kesambungan. Komunikasi dengan sambungan yang baik dapat menghubungkan kita sebagai masyarakat. Kini, ia lebih penting untuk karyawan media untuk terus menghasilkan dan mengongsi kisah kepelbagaian dalam masyarakat setempat untuk membina lebih kesedaran, pemahaman dan kebaikan dalam kalangan rakyat Singapura.



"Ketiga, kreativiti untuk mendorong batas komunikasi dan maklumat. Pandemik ini telah mempercepatkan komunikasi secara digital… dan ini menyediakan asas yang baik untuk inovasi," ujar Encik Tan.



Memberi komen mengenai kerjasama ini, Pengarah Pengurusan APRW, Cik Cho Pei Lin berkata: "Dengan sokongan pelanggan, rakan niaga dan rakan media, kami mahu menyumbang peranan kami untuk mewujudkan masa depan bersama melalui perkongsian ini dengan NTU WKWSCI."



Ketua WKWSCI, Profesor May Lwin, pula berkata:



"Sebagai sebahagian daripada kurikulumnya, projek akhir tahun NTU WKWSCI bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kebolehan yang mereka perolehi di WKWSCI untuk masalah sosial masa nyata.



"Oleh itu, kerjasama dana ini akan membolehkan projek tahun akhir pelajar terus maju."



Selama lebih dua dekad, NTU WKWSCI memainkan peranan penting dalam industri komunikasi di Singapura, sebagai sekolah pertama di dalam bidang tersebut.



Sehingga kini, lebih 7,000 karyawan komunikasi merupakan lulusan dari sekolah itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >