JUMLAH dana yang disumbang bagi membantu pelajar madrasah memerlukan dalam pendidikan telah mencapai $2.3 juta sejak skim bantuan itu diperkenalkan pada 2010.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata bagi tahun ini sahaja sejumlah $360,000 lagi akan diberikan kepada pelajar dari kesemua enam madrasah sepenuh masa dalam Skim Bantuan Kewangan Madrasah (Promas) itu.