Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana baru bantu orang kurang upaya tingkat kemahiran, jalani latihan

Sep 10, 2021 | 05:30 AM



ORANG dewasa kurang upaya yang mahu mempertingkat kemahiran mereka atau menjalani latihan tidak lama lagi boleh memanfaatkan dana baru bernilai $4 juta yang disediakan oleh Temasek Trust dan lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC).



Ia dibentuk bagi memenuhi permintaan disebabkan Covid-19 yang meningkatkan jurang pembelajaran bagi golongan kurang upaya dalam masyarakat.



Dilancarkan kelmarin, dana itu akan menyediakan hingga $1,000 kepada setiap 4,000 orang dewasa kurang upaya untuk menampung yuran kursus atau membeli alat sokongan pembelajaran.



Dana Pemerkasaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Temasek Trust-CDC itu ditadbirkan oleh SG Enable.



Ia bertujuan menyokong individu kurang upaya dalam pembelajaran sepanjang hayat kerana salah satu keprihatinan umum dalam kalangan mereka ialah kekurangan peluang pembelajaran selepas mereka tamat pengajian di sekolah pendidikan khas pada usia 18 tahun.



Dalam satu majlis pelancaran dana itu yang diadakan di alam maya kelmarin, Mayor Daerah Central Singapore, Cik Denise Phua, berkata orang dewasa kurang upaya, bergantung pada tahap keperluan sokongan mereka, memerlukan latihan berterusan dalam kemahiran vokasional dan hidup berdikari.



"Daripada pemahaman kami mengenai cabaran yang dihadapi individu kurang upaya, kami tahu bahawa masih ada jurang, terutamanya bagi orang dewasa dalam tahun-tahun pascasekolah… Ramai individu kurang upaya berhenti belajar selepas mereka meninggalkan tahun persekolahan rasmi mereka, biasanya pada usia 18 tahun," kata Cik Phua.



Individu kurang upaya boleh memanfaatkan dana itu untuk menyertai program pendidikan dan latihan berterusan, seperti yang ditawarkan institusi pengajian tinggi atau kursus oleh agensi khidmat sosial dan penyedia latihan yang disokong SG Enable.



Dana itu boleh membantu membiayai yuran kursus, yuran pendaftaran, bahan kursus dan yuran penilaian.



Ia juga boleh digunakan untuk membeli peralatan teknologi seperti alat transkripsi dan rakaman, dan alat teknologi maklumat seperti komputer riba dan tablet, serta untuk mendapatkan khidmat jurubahasa isyarat atau individu pencatat nota, contohnya.



Mereka yang layak bagi dana itu ialah individu kurang upaya berusia 18 tahun dan ke atas yang buat masa ini tidak berdaftar dalam sekolah aliran utama atau sekolah pendidikan khas.



Mereka mesti merupakan rakyat atau Penduduk Tetap (PR) Singapura.



Mereka boleh memohon dana itu lebih daripada sekali, hingga had $1,000.



Permohonan akan dibuka pada 3 Disember sempena Hari Individu Kurang Upaya Antarabangsa.



Permohonan ditutup pada 31 Disember tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >