PEKEBUN baru dan lama yang tinggal di kawasan barat daya Singapura akan menerima lebih banyak dana untuk meningkatkan lagi minat mereka dalam bidang itu, menyusuli satu inisiatif baru yang diperkenalkan semalam.
Dikenali sebagai 'Green Spaces @ South West' oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West, ia akan menyemai lebih banyak dana permulaan dan geran aktiviti dalam taman masyarakat yang sedia ada dan yang baru selain menyokong program-program baru.