Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana tambahan $5 juta bagi perluaskan program pembelajaran Bahasa Melayu

HAKIM YUSOF
Oct 29, 2015 | 03:32 PM



SETIAUSAHA Parlimen (Pendidikan), Dr Muhammad Faishal Ibrahim, pagi tadi mendedahkan penambahan dana sejumlah $5 juta bagi memperluaskan lagi program dan aktiviti Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Bahasa Melayu (MLLPC) untuk tempoh lima tahun.


Setiap tahun, sejuta dolar dari jumlah tersebut akan disalurkan bagi tujuan itu dari tempoh mulai tahun depan hingga 2020.


Langkah tersebut dilaksanakan menyusuli pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai peningkatan bagi dana MTLLPCs sebanyak 50 peratus September lalu.


Dengan peningkatan ini, program-program MLLPC yang sedia ada, seperti program membaca buku bersiri Nabil dan Nabilah, akan diperluaskan supaya lebih ramai pelajar boleh memanfaatkannya.


"Ini memberi banyak peluang kepada kita untuk mendekati masyarakat secara umum dan mereka yang fokus kepada penggunaan dan pembelajaran bahasa Melayu.


"Justeru, jika kita lihat peluang ini, kita sedang memikirkan bagaimana kita boleh meningkatkan lagi wadah dan juga pendekatan kepada masyarakat kita," ujar beliau yang juga pengerusi baru bagi MLLPC Sekolah Rendah Pasir Ris pagi tadi.


Semasa berada di sekolah tersebut, Dr Faishal sempat membacakan buku cerita 'Berjasa' bersama penulis dan guru sekolah itu, Cik Salina Hussain, kepada 25 pelajar darjah satu.


Kini, buku bersiri Nabil dan Nabila mempunyai 20 edisi bagi murid darjah 1 dan 2.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >