'BERMAIN' dengan angka dan menyelesaikan masalah perakaunan yang rumit memang membuatnya teruja.
Bagi Cik Nursyafiqah Azammudin, 17 tahun, minat dalam bidang tersebut bermula ketika beliau di bangku sekolah menengah setelah beliau menerajui subjek Prinsip Perakaunan, dan sejak itu beliau berazam meneruskan minatnya dalam bidang tersebut dan memulakan kerjaya sebagai akauntan.