Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Dapat kerja baru dengan bantuan program Mendaki

Mar 25, 2023 | 05:30 AM



SETELAH kehilangan pekerjaan di tengah-tengah pandemik Covid-19, Cik Nurhani Zailani Shatifan, yang sebelum ini bertugas dalam industri pelancongan, bergelut untuk mencari pekerjaan sepenuh masa baru.



Apabila tidak dapat mencari pekerjaan, Cik Nurhani, yang tinggal bersama ibu bapanya yang sakit ketika itu, menggunakan waktu itu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai anak sulung dan menjaga mereka.



Walaupun beliau merasakan bahawa ia adalah satu rahmat diberi peluang untuk menjaga ibu bapanya, Cik Nurhani, 50 tahun, sentiasa berfikir untuk kembali bekerja.



Selepas pemergian ibunya pada 2020, dan disusuli bapanya pada 2022, Cik Nurhani mula untuk mencari pekerjaan baru.



"Sebelum itu, keutamaan saya adalah untuk menjaga ibu bapa saya yang menghidapi penyakit angin ahmar.



"Tetapi setelah mereka meninggal dunia, saya tergerak untuk mencari pekerjaan.



"Setelah dua setengah tahun yang mencabar, saya rasa ini adalah masa saya berjuang dan membina semula kerjaya saya," kata anak sulung daripada tiga orang beradik itu.



Terdorong untuk meningkatkan kemahiran diri dan mencari peluang yang baru, Cik Nurhani membuat keputusan untuk mengorak langkah dan mendaftar bagi program Wanita di Tempat Kerja (W@W) kendalian Mendaki.



W@W bertujuan menyokong wanita yang ingin kembali ke alam pekerjaan dengan melengkapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan, selain menghubungkan mereka dengan industri perekrutan.



Ini selain membantu wanita membina keyakinan terhadap kemampuan mereka.



Ketika dihubungi oleh Berita Harian, Cik Nurhani berkata antara sebab beliau memilih untuk mendaftar diri adalah kerana beliau tidak berjaya mendapatkan pekerjaan sendiri.



"Saya mempunyai sekitar 30 tahun pengalaman bekerja dalam industri pelancongan dan mempunyai resume sepanjang lapan muka surat.



"Kemahiran yang saya ada ketika itu, saya fikir adalah kemahiran yang boleh dipindahkan ke sebarang industri.



"Jadi saya tidak faham mengapa saya tidak menerima sebarang panggilan," katanya, yang tergerak untuk mendapatkan sokongan profesional.



Melalui program W@W sepanjang lima hari ini, ibu kepada lima orang anak itu berkata beliau mempelajari pelbagai tip yang dapat dipraktikkan sepanjang proses mencari kerja.



Antaranya termasuk bagaimana untuk menjawab soalan pada sesi temu duga, kemahiran menggunakan perisian Microsoft, serta dandanan fizikal ketika beliau pergi untuk sesi temu duga.



"Saya sudah lama tidak bekerja dan ini telah memberi saya peluang untuk mempelajari semula sistem-sistem yang terbaru dan pada masa yang sama, memperoleh kemahiran yang sesuai.



"Melalui bimbingan dan sokongan pelatih program serta peserta-peserta lain, saya dapat tahu bahawa sebenarnya resume saya terlalu panjang," katanya sambil ketawa.



"Ini menunjukkan bahawa banyak lagi yang saya sebenarnya harus pelajari," jelasnya.



Dengan bimbingan dan keyakinan yang diperbaharui, Cik Nurhani berjaya meraihkan pekerjaan baru sebagai penyelaras pembangunan di Kampus Insead Asia sejak 28 November 2022.



Beliau merupakan salah satu daripada 70 kakitangan dalam pasukannya di Singapura dan di luar negara, dan kini mengendalikan pengurusan projek serta bekerjasama dengan pelajar dalam inisiatif mengumpul dana untuk biasiswa.



Setelah mencapai matlamatnya untuk mendapatkan pekerjaan baru, Cik Nurhani berkata beliau kini berazam dan yakin untuk mencari lebih banyak peluang kerjaya pada masa akan datang.



"W@W membantu bukan sahaja dari segi kemahiran teknikal, tetapi mereka juga menekankan tentang latihan kemahiran insaniah yang sedang dilihat kebanyakan industri pada masa kini.



"Apabila golongan wanita dapat berkumpul dalam program seperti ini, kami saling memberi motivasi dan membantu satu sama lain dalam memastikan peluang diberikan kepada semua wanita.



"Bagi mereka yang sedang mencari peluang kerja, ini adalah permulaan yang baik," katanya.




PROGRAM W@W



■ Dikendalikan oleh Mendaki dan boleh dimanfaatkan oleh golongan wanita.



■ Bertujuan tingkatkan penyertaan wanita Melayu/Islam dalam tenaga kerja serta pendapatan berganda dalam isi rumah.



■ Direka khas untuk menyokong wanita yang menganggur lebih 6 bulan dan ingin sertai semula pasaran tenaga kerja.



■ Sejak 2008, Mendaki menyokong wanita Melayu/Islam untuk kembali bekerja melalui peningkatan kemahiran, pembinaan kapasiti dan pemadanan pekerjaan.



■ Bertujuan untuk meningkatkan kadar penyertaan buruh wanita Melayu/Islam dan menggalakkan dua pendapatan dalam isi rumah.



■ Mendaki juga membentuk rangkaian profesional wanita bekerja yang boleh memberi sokongan kepada para peserta.



■ Para peserta berpeluang untuk berhubung dengan karyawan wanita untuk sesi bimbingan kerjaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >