Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dari firma IT ke dapur beriani

ERVINA MOHD JAMIL
Mar 14, 2014 | 02:45 PM



DAHULU, beliau bekerja di pejabat sebagai antara pihak pengurusan kanan sebuah firma teknologi maklumat (IT).


Namun sejak empat tahun lalu, Encik Khan Khaleelullah, 50 tahun, masuk dapur pula untuk mengendalikan restoran makanan India miliknya, Bokhara Biryani & Kebab.


Langkah menukar kerjaya itu ternyata berbaloi kerana restorannya terus berkembang.


Antara wadah yang digunakannya untuk mendekati pelanggan kini ialah dengan menggunakan khidmat tempahan Chope di laman BeritaHarian.sg.


Menerusinya pelanggan yang ingin menempah meja makanan di restoran Bokhara Biryani & Kebab di bangunan Hotel Fortuna, Owen Road, itu hanya perlu klik logo Chope di muka depan laman BeritaHarian.sg.


"Khidmat ini baik untuk kami kerana pelanggan kami dapat buat tempahan di Internet pada bila-bila masa," katanya.


Menurut Encik Khan, beliau juga merancang membuka sebuah lagi cawangan restorannya yang menyediakan makanan India sihat lagi autentik hasil resipi turun-temurun keluarganya itu, tidak lama lagi.


Ikuti kisah Encik Khan dan Bokhara di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >