Kenangan kawasan berpaya dan rumah kampung di sekitar Paya Lebar kini hanyalah tinggal kenangan. Landskap di Paya Lebar Central ternyata sudah berubah pesat hari ini dengan pelbagai projek pembangunan dijalankan. Distrik itu, yang dipilih sebagai pusat serantau keempat di luar pusat bandar, dijangka padat dengan kegiatan dan bertenaga apabila semua projek siap kelak. Apakah kesan penubuhan hab komersial baru ini terhadap masyarakat perniagaan di sekitarnya seperti kawasan Geylang Serai? Laporan ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) di halaman ini dan sebelah.
HAB komersial bertenaga dan dipenuhi kegiatan ekonomi dengan identiti tempatan dan budaya tersendiri.