DUA lelaki dijatuhi hukuman penjara semalam kerana menyerang seorang pemandu yang terlibat dalam pertikaian dengan rakan subahat mereka.
Rakan subahat mereka itu, Andrei Bu Kiah Konn, 20 tahun, menaruh dendam terhadap Encik Rohaizman Rahmat, 32 tahun, yang telah menumbuknya di muka semasa satu pertikaian tahun lalu.