Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dari pencuri jadi pencabul

Aug 08, 2014 | 05:34 PM



BERMULA dengan mencuri pakaian sekolah, dan menggunakan sekurang-kurangnya satu set untuk memuaskan nafsunya lalu terus "maju" dan sanggup mencabul kehormatan dua gadis muda yang dia temui kerana mereka "comel dan disayangi".


Dalam lapan buah kes yang dilakukan dalam tempoh dua tahun yang lalu, Tony Tan Yong Li, 17 tahun, mencuri pakaian jiran-jirannya yang disidai di kawasan tempat beliau tinggal di Hougang.


Dengan mangsanya yang merupakan gadis-gadis berumur 11 dan sembilan tahun, Tony berniat untuk mendekati mereka dengan alasan mereka memerlukan bantuan untuk membawa timbunan surat khabar.


Tony mengaku bersalah terhadap 10 tuduhan yang merangkumi perbuatan-perbuatan tersebut yang dilakukan di antara 2012 dan Mac tahun ini di kejiranannya di Hougang.


Tony juga mengaku bersalah terhadap dua lagi tuduhan, yang melibatkan dua buah basikal yang dicurinya.


Dia bekerja sebagai seorang penjaga kedai semasa ditangkap dan dijangka akan dihukum pada 29 Ogos selepas mahkamah meminta laporan mengenai kesesuaian Tony untuk menjalani latihan pemulihan akhlak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >