SEORANG komander misi memikul tanggungjawab yang berat dan mencabar.
Mengongsi pengalamannya berkhidmat bersama Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Kapten Muhammad Iskandar Dzulfadhli Abdul Rahman berkata cabaran utama yang beliau hadapi sebagai seorang komander misi ialah menyatukan lebih 50 aset seperti pesawat Amaran Awal Udara dan pejuang.