Dari sarjan kini leftenan muda Pedang Merit

SEJAK di bangku sekolah menengah lagi, memang menjadi impian Muhammad Khalid Mohamad Sukri untuk memberi inspirasi kepada yang lain.

Oleh itu, apabila pintu peluang dibuka bagi beliau menyertai Sekolah Kadet Pegawai (OCS), beliau tidak mahu melepaskan peluang tersebut meskipun pada masa itu beliau telahpun memegang jawatan sebagai Sarjan Ketiga (3SG) di unit 2SIR Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selama tujuh bulan.

"Saya memang suka memberi inspirasi kepada orang lain... amat mengagumkan apabila saya dapat membuat perubahan pada diri seseorang.

"Oleh itu, dengan menyertai latihan di OCS ini, saya telah dapat mengasuh nilai ini dengan lebih mendalam dalam diri saya dan juga pegawai kadet yang lain," kata beliau.

Kini berkat usaha gigihnya sewaktu menjalani latihan menjadi seorang pegawai SAF, Leftenan Muda (2LT) Khalid telah diiktiraf dengan Anugerah Pedang Merit dan telah diberi tanggungjawab memimpin 547 pegawai kadet sebagai Komander Perbarisan di Perbarisan Pentauliahan, semalam.

2LT Khalid kini mempunyai harapan agar dapat melakar kerjaya dalam SAF kelak.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.