SEMASA menuntut tahun pertama di Universiti Sains, Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Encik Muhammad Shafiq Muhammad Affandi yang 'berasal' daripada jurusan sastera 'bergelut' dengan subjek sains dan hampir menamatkan pengajiannya.
Namun, demi minat mendalam terhadap seni bina dan kata-kata pembakar semangat ibu bapanya, pemuda berusia 24 tahun itu berjaya menggenggam ijazah sarjana dalam bidang seni bina dengan kepujian.