TAHUN lalu, beliau muncul sebagai pelajar terbaik dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) bagi kohort madrasah di Singapura, dengan agregat 268 dan gred A* bagi semua mata pelajaran peperiksaan itu.
Kelmarin, Izzul Adham Noor Amidin, 12 tahun, memulakan babak baru dalam perjalanan pendidikannya dalam sekitaran yang serba baru di sebuah sekolah sekular, Raffles Institution (RI).