APABILA ia ditubuhkan lebih tiga dekad lalu pada 1970-an, Darul Arqam bermula sebagai pertubuhan eksklusif yang tumpuannya menjaga kebajikan saudara baru dalam Islam.
Namun, sedikit demi sedikit badan itu kian mengambil pendekatan inklusif, membuka pintunya kepada sesiapa sahaja yang ingin tahu lebih lanjut mengenai agama Islam, kata Presiden Darul Arqam, Encik Muhammed Faiz Edwin.